BIODATA KETUA JURULATIH PASUKAN B-23 MALAYSIA
ONG KIM SWEE :)
| Nama Penuh: | Ong Kim Swee |
| Tarikh Lahir: | 11 Disember 1970 |
| Berasal dari: | Melaka |
| Negara: | Malaysia |
| Posisi sebelun bersara: | Midfielder |
| Pernah Melatih : | 2005 Malaka ,2009-2010 Harimau Muda A, 2011-Malaysia U-23 |
Ong Kim Swee memulakan karier Bola Sepaknya ketika mewakili Melaka pada awal 90 an. Beliau merupakan salah seorang pemain Olimpik Malaysia didalam skuad yang diberi nama Barcelona 1992 dibawah kendalian jurulatih Chow Kwai Lam.
Pada musim 1993, Ong Kim Swee mewakili Sarawak dan bermain selama 2 musim disana sebelum controversially transferred ke Sabah pada akhir 1994. Ketika bersama Sabah, beliau telah memenangi Piala FA pada 1995 dan Juara Liga Malaysia (M-League) pada 1996.
Ong Kim Swee membuat penampilan antarabangsa penuh pertamanya ketika Malaysia bertemu Kuwait pada 22 September 1994. Beliau telah dimasukkan ke dalam skuad Malaysia 1994 Sukan Asia. Beliau juga bermain untuk Pilihan Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Flamengo XI pada tahun 1995 di mana Malaysia seri 1-1 dengan Flamengo.
Perlawanan dilangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 8.5 1995. Pada masa tu tiket murah lagi,RM 25 . sekarang dah mahal.
Ong Kim Swee menjadi Jurulatih Melaka Pada Tahun 2005, pada 2009 telah mengambil alih tugas Datuk K Rajagopal sebagai Jurulatih Harimau Muda. Beliau memenangi Liga Perdana Malaysia dengan Harimau Muda pada tahun 2009.
sumber rujukan wikidepedia
Pada bulan Julai 2011, Ong Kim Swee telah membimbing Pilihan Malaysia ketika perlawanan persahabatan menentang Chelsea.

No comments:
Post a Comment